potblog.pages.dev


Omar hafeez sooryavanshi

Beliau menetap di Tarim, Yaman, mengawasi perkembangan di Dar-al Musthafa dan pelbagai sekolah lain yang telah dibina di bawah pengurusan beliau. Beliau masih bergiat aktif dalam dakwah agama Islam sehingga beliau meluangkan hampir sepanjang tahun mengunjungi berbagai negara di seluruh dunia demi melakukan kegiatan-kegiatan dakwah Islamiah [ 2 ].

Beliau dilahirkan pada hari Isnin, 27 Mei bersamaan 4 Muharram Hijriah [ 1 ] , di Tarim, Hadramaut , salah satu bandar tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan ramainya para ilmuwan dan para ulama yang dihasilkan bandar ini selama berabad-abad lamanya [ 2 ].

Habib umar family tree

Beliau dibesarkan dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan bapa beliau yang juga adalah seorang pejuang syuhada yang terkenal, yang bijak sana dan pendakwah besar, Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim [ 2 ]. Bapa beliau adalah salah seorang ulama intelektual Islam yang mengabdikan hidupnya demi penyebaran agama Islam dan pengajaran Hukum Suci dalam Islam [ 2 ].

Beliau telah diculik oleh puak komunis dan dianggap telah meninggal dunia [ 2 ]. Demikian pula datuk beliau, al-Habib Salim bin Hafiz dan al-Habib Hafiz bin Abd-Allah yang merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum ulama dan intelektual Muslim pada masanya [ 2 ]. Beliau turut mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu-ilmu kerohanian keagamaan dari bapa beliau yang syahid, al-Habib Muhammad bin Salim, yang daripada beliau itu terlahirnya cinta dan perhatiannya yang mendalam pada dakwah dan bimbingan atau tuntunan keagamaan dengan cara Allah SWT.

Bapa beliau begitu memperhatikan beliau sejak kecil yang selalu berada di sisi ayahnya di dalam lingkaran ilmu dan zikir. Sejak itu, dengan panji yang dikibarkannya tinggi, beliau memulakan, dengan penuh semangat, perjalanan penuh perjuangan, mengumpulkan orang, membentuk majlis dan dakwah. Perjuangan dan usaha beliau yang keras demi meneruskan usaha bapa beliau mula membuahkan hasil.

Habib umar bin hafiz: books

Beliau yang telah benar-benar memahami agama dan kitab suci telah dikurniakan sesuatu yang khusus daripada Allah walaupun masih muda. Akhirnya beliau dilantik sebagai seorang guru tidak lama selepas itu. Beliau juga terus melanjutkan perjuangannya dalam bidang dakwah. Kelas-kelas dan majlis ilmu diadakan, pengajaran dimula dan ramai orang dibimbing.